Khamis, 25 Mac 2010

Dakwah Islamiah Pemangkin Kesatuan Ummah

Sering kita mendengar anak-anak muda yang majoritinya terdiri daripada golongan remaja kini pergi menonton wayang.Memang menjadi suatu kemestian bagi mereka yang bergelar "Remaja".Rupanya menonton wayang ini ada juga kelebihannya seperti dapat merapatkan hubungan sesama rakan,keluarga dan banyak lagi.Tetapi saya sedih dengan golongan remaja masa kini yang menjadikan panggung wayang sebagai tempat untuk melempiaskan nafsu serakah mereka bagi sesiapa yang mempunyai pasangan masing-masing.Mungkin di dalam kotak pemikiran mereka,mereka dapat melepaskan rasa cinta dan sayang yang teramat mendalam hanya membuat perkara yang tidak bermoral dan tidak bertamadun ini cukup didalam panggung wayang sahaja.

Mungkin mereka masih belum memahami apa yang dimaksudkan dengan cinta.Secara puratanya kaum lelaki kini terutamanya terdiri daripada golongan remaja bercinta dengan wanita hanya untuk memuaskan nafsu semata-mata akan tetapi hanya segelintir kecil sahaja yang mentakrifkan erti cinta yang sebenarnya.Bagi golongan wanita pula,mereka bercinta hanya untuk memikirkan masa hadapan dengan mengimpikan mampu sebuah institusi kekeluargaan yang bahagia demi menggapai impian mereka akan tetapi hanya sebilangan kecil sahaja kaum wanita yang terdiri daripada golongan remaja yang menganggap cinta sebagai simbol seks.

Oleh demikian,saya berasa amat sedih tatkala fenomena yang acap kali kedengaran ini berkaitan dengan masalah sosial yang sering menjadi-jadi.Tambahan pula,pemegang gelaran masalah sosial ini adalah terdiri daripada kaum Melayu yang beragama Islam.Dalam agama Islam tidak melarang semua umat manusia yang beragama Islam tidak boleh bersosial tetapi bersosial yang tidak melanggar hukum syarak.Ada satu artikel dalam buku Tasawwur Islam menerangkan tentang cara-cara untuk bersosial.Islam sebagai Ad-din iaitu suatu cara hidup yang sesuai dengan fitrah manusia dan tidak melanggar hukum syarak.

Akhir kalam,saya ingin menasihati rakan-rakan taulan dan juga termasukklah dengan diri saya ini ayuh kembalilah ke jalan yang benar.Jadilah "Syababul Islam"yang berani untuk menegakkan syiar Islam di serata pelusuk dunia.percayalah suatu masa nanti Islam akan bangkit tatkala ramainya orang di muka bumi ini jauh daripada Allah S.W.T.......wassalam.

3 ulasan:

  1. aiyoo..mcm karangan je..agk2..cukop x 360 pth pkataan ny??hehhe..bgos2..tros kn ngn ko nyer ceramah tu..chaiyok!!najib

    BalasPadam
  2. waaa....ni siap rujuk tasawur..tasawur ting. bpe?huhu..bgos2..BANGUN MELAYU, BANGKIT ISLAM!!!

    BalasPadam
  3. @farhana : terima kasih =) lama tak ngadap bloggy ni =)
    @vandersafwan : wak, tasawwur tingkatan 3 =)

    BalasPadam