Rabu, 16 Jun 2010

Kehidupan Di IPT...

Salam 'Alaik.sebelum ana nak berkongsi cerita ini ana nak menyusun sepuluh jari tanda kemaafan kepada sesiapa.Kini baru ana sdar kehidupan di ipt bukan semudah yang di sangka.sememangnya ia lebih susah daripada zaman persekolahan dulu.pemikiran pun makin matang dari hari ke hari.Tidak seperti zaman kecil dahulu.Ana kecil2 dahulu memang nakal,ligat,degil..hehehe..macam2 lagilah.main polis and thief,sorok2,main kahwin2,kadang2 join juga main masak tapi main zina2 tidak pernah sama sekali.berdosa!!!..Kini segalanya tinggal kenangan bak kata pujangga orang putih."lets bygones just bygones"andai ana salah tegur ye.hehehe.sekarang ini ana belajar sambil mengajar di Kolej Hafiz.Di IPT ni masa memang sangat mencemburui kita,masakan tidak,hendak berehat sahaja pun di kira telah membazirkan masa.Walau bagaimanapun,masa untuk berkomunikasi dengan Allah S.W.T masih menjadi keutamaan.Kita sebagai umat Islam hendaklah acap kali mengingati Allah S.W.T walau di mana sahaja kita berada.Ramai di kalangan muda-mudi kita khususnya tidak mengetahui konsep sebenar ibadah.Setiap perbuatan yang kita lakukan setiap hari dikira ibadah dengan niat kerana Allah S.W.T.Di IPT kita akan dapat mengetahui sejauh mana kita mampu menghadapi cabaran dan liku2 kehidupan yang penuh dengan onak dan duri ini,Natijahnya,kita mestilah istiqomah dalam apa jua keadaan.Jangan mudah putus asa,ingat!."gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya".Ana harap rakan2 ana yang kini berada di perantauan agar berusahalah untuk mencari ilmu..sebab "menuntut ilmu wajib bagi ke atas muslimin dan muslimat"...

Rabu, 5 Mei 2010

Genggam Bara Api Biar Sampai Jadi Arang...

Salam semua.macam pelik sahaja dengan tajuk ini tapi hakikatnya memang akan menjadi "batu loncatan" juga untuk kita berubah atau ingin berjaya dan yang berkaitan dengannya.Saya acap kali dengar perkataan yang sedemikian rupa daripada Pengetua sekolah saya dahulu.Memang tidak lekang di ingatan ku ini.selalu terngiang-ngiang akan kata-kata Pengetua Kolej.Masakan tidak acap kali masa perhimpunan di mulakan tagline yang terpacul dari mulut beliau adalah perkataan yang sama sahaja.itu yang saya rindu sangat pada beliau dan Tuan Pengarah.Rasanya setakat ini sahajalah information yang saya dapat dikongsi bersama.Hidup ini tidak selalunya indah,langit tidak selalunya cerah,suram malam tak berbintang,itolah lukisan alam...dikala malam ini saya aqgak ketandusan ideologi disebabkan kurang berehat.Lastly,kita haya mampu merancang tapi hanya Allah S.W.T yang menentukan...

Khamis, 25 Mac 2010

Dakwah Islamiah Pemangkin Kesatuan Ummah

Sering kita mendengar anak-anak muda yang majoritinya terdiri daripada golongan remaja kini pergi menonton wayang.Memang menjadi suatu kemestian bagi mereka yang bergelar "Remaja".Rupanya menonton wayang ini ada juga kelebihannya seperti dapat merapatkan hubungan sesama rakan,keluarga dan banyak lagi.Tetapi saya sedih dengan golongan remaja masa kini yang menjadikan panggung wayang sebagai tempat untuk melempiaskan nafsu serakah mereka bagi sesiapa yang mempunyai pasangan masing-masing.Mungkin di dalam kotak pemikiran mereka,mereka dapat melepaskan rasa cinta dan sayang yang teramat mendalam hanya membuat perkara yang tidak bermoral dan tidak bertamadun ini cukup didalam panggung wayang sahaja.

Mungkin mereka masih belum memahami apa yang dimaksudkan dengan cinta.Secara puratanya kaum lelaki kini terutamanya terdiri daripada golongan remaja bercinta dengan wanita hanya untuk memuaskan nafsu semata-mata akan tetapi hanya segelintir kecil sahaja yang mentakrifkan erti cinta yang sebenarnya.Bagi golongan wanita pula,mereka bercinta hanya untuk memikirkan masa hadapan dengan mengimpikan mampu sebuah institusi kekeluargaan yang bahagia demi menggapai impian mereka akan tetapi hanya sebilangan kecil sahaja kaum wanita yang terdiri daripada golongan remaja yang menganggap cinta sebagai simbol seks.

Oleh demikian,saya berasa amat sedih tatkala fenomena yang acap kali kedengaran ini berkaitan dengan masalah sosial yang sering menjadi-jadi.Tambahan pula,pemegang gelaran masalah sosial ini adalah terdiri daripada kaum Melayu yang beragama Islam.Dalam agama Islam tidak melarang semua umat manusia yang beragama Islam tidak boleh bersosial tetapi bersosial yang tidak melanggar hukum syarak.Ada satu artikel dalam buku Tasawwur Islam menerangkan tentang cara-cara untuk bersosial.Islam sebagai Ad-din iaitu suatu cara hidup yang sesuai dengan fitrah manusia dan tidak melanggar hukum syarak.

Akhir kalam,saya ingin menasihati rakan-rakan taulan dan juga termasukklah dengan diri saya ini ayuh kembalilah ke jalan yang benar.Jadilah "Syababul Islam"yang berani untuk menegakkan syiar Islam di serata pelusuk dunia.percayalah suatu masa nanti Islam akan bangkit tatkala ramainya orang di muka bumi ini jauh daripada Allah S.W.T.......wassalam.

Rabu, 24 Mac 2010

aiyishiteru nippon...

fuhh!.penat rasanya bila duduk menghadap komputer ni..tapi alhamdulillah..hehe.macam-macam aku dapat yela contoh belajar bahasa Jepun bersama kawan aku Farhana namanya di beri,dia mengajarkan kepada aku bagaimana caranya untuk berkomunikasi dengan masyarakat Jepun.Rupa-rupanya agak payah juga aku rasakan sebab aku ini orang berketurunan Jawa dan tatkala aku cuba untuk berkomunikasi tetapi loghat Jawanya masih kedengaran lagi.Aku mencuba dan terus mencuba alhamdulillah akhirnya aku berjaya.Timbul rasa gembira di hati ku ini.Inilah bingkisan aku yang penuh dengan kepayahan dan kesusahan untuk menguasai bahasa lain selain daripada bahasa Melayu.Aku rasa sangat gembira..sayonara.